Tuesday, July 7, 2009

Buat duit dengan blog

Adakah anda tahu apa itu blog?
Blog secara mudahnya adalah dairi harian atau jurnal online yang menceritakan tentang suatu perkara atau topik.Disini anda boleh komen,kajian semula ,memberi cadangan atau petua yang boleh di kongsi bersama dalam blog anda. Anda juga boleh menyediakan sumber pendidikan atau nasihat dalam perkara yang anda ketahui contohnya anda pakar dalam bidang membaiki komputer.Dalam post anda boleh menceritakan tentang software,kompenen dan anda sendiri, ada menyediakan perkhidmatan membaiki komputer di tempat anda.

Banyak perkhidmatan blog percuma antaranya:
www.blogger.com
www.wordpreess.com
www.freewebs.com

Tapi saya lebih suka mengunakan blogger kerana sign up blogger ini sungguh mudah. terpulang pada anda semua yang mana satu sesuai dengan anda.

Ok,itulah serba sedikit saya nak ceritakan tentang blog.Kita kembali semula pada tajuk asal kita.Bagaiamana buit duit dengan blog?

Ini adalah beberapa perkara atau jalan bagaimana buat duit:

1)Google AdSense publisher
Daftar dengan Google Adsense Program dan mula menjana pendapatan melalui pengiklanan di blog anda.Untuk meletakan Adsense Campaign bukanlah sukar dan blogger ada menyediakan panduan yang boleh membantu anda.Sekarang anda boleh mula menjana pendapatan daripada Adsense Ads tp ini bergantung pada jumlah pelawat yang datang ke blog anda.

2)Menjual Produk Orang Lain
Anda boleh promosi produk orang lain dalam blog anda dan mula mendapat komisen daripada jualan produk.

3)Menjual Produk Sendiri
Sekiranya anda ada produk,ini merupakan satu medium untuk anda promosi produk anda selain mengunakan medium pengiklanan yang lain.Disini anda boleh menceritakan fungsi dan kelebihan produk anda tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Sekarang anda sudah ada ruangan pengiklanan anda tapi bagaimana hendak menarik ramai orang datang atau layari blog anda.Disini saya ceritakan serba sedikit:

  1. Perkenalkan kepada ahli keluarga dan juga kawan.
  2. Submit dalam web directories.Dapatkan senarai blog directories dan submit url anda.
  3. Menulis artikel atau membuat link dalam artikel directories.
  4. Join forum dan meninggalkan signature anda setiap kali menulis.

Sebenarnya banyak lagi cara yang anda boleh gunakan untuk menarik pelawat ke blog anda.Cuma anda tentukan sama ada mahu guna yang berbayar atau percuma.Anda juga boleh mendapatkan maklumat atau sumber dari search engine.

0 comments: